Isma, Zul Buat Album Duet Lepas Raya

July 21, 2009
Kategori Lain-lain

Sejak dua bulan mendiami industri muzik tempatan, kini penyanyi kelahiran Akademi Fantasia (AF) musim ke-7, Isma menunaikan janjinya untuk tidak akan berpatah balik ke belakang dalam memastikan dirinya sentiasa berada dalam industri.

Selepas tamat program realiti popular itu, Isma telah tampil dengan single pertama, ‘Bisikan..Godaan’ yang diciptakan oleh suaminya, komposer dan penyanyi Zulkifli Majid atau Zul 2 By 2 dengan menggunakan nama pena Aiman.

Lagu itu juga telah dimuatkan dalam album sulung juara AF7, Hafiz iaitu ‘Masih Jelas’ yang diambil bersempena tajuk lagunya.

Dalam masa terdekat ini, Zul berkata single kedua Isma, ‘Andai Bisa’ dijangka keluar di corong radio tempatan.

Lagu duet Zul dengan Isma itu digubah olehnya sendiri manakala liriknya dicipta oleh Zimi (Sofaz).

Selain itu, Zul juga telah menghasilkan sebuah lagi lagu solo untuk Isma berjudul ‘Berbicara’ yang juga liriknya ditulis oleh Zimi. Kata Zul, dia memang sudah lama terfikir dan bercita-cita untuk menghasilkan album duet bersama isterinya itu.

“Kami tiada masalah untuk berduet dan memang sudang merancang untuk menghasilkan album bersama. Kami sedang berbincang dengan pihak Astro Entertainment Sdn. Bhd. (AESB) tentang hal ini dan ia mungkin akan dilaksanakan selepas Raya nanti,” jelas Zul yang juga merupakan pengurus AR (Artis & Reportoire) Suria Records Sdn. Bhd (SRC).

Walaupun tugasnya kini terbahagi dua, iaitu menguruskan artis SRC dan dalam masa yang sama mengikuti perkembangan isterinya, Zul berkata dia masih boleh mengendalikan kerja yang dipikulnya sekarang.

“Saya lebih utamakan kerja sebagai pengurus AR dan apabila saya ada masa terluang, baru saya akan mengikuti ke mana sahaja isteri saya pergi. Lagipun isteri saya mempunyai pengurus sendiri yang disediakan oleh pihak AESB,” kata penyanyi yang popular dengan lagu ‘Mawarku’ ini.

Mstar

Mungkin ada Kaitan..

Komen

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!