Maizawati Buka Bisnis Tudung MYZA

July 31, 2009
Kategori Lain-lain

Hidup perlu diteruskan walau apa pun telah terjadi. Dengan sikap positif inilah, Maizawati Zainal, bekas isteri penyanyi dan pendakwah, Akhil Hayy, menceburi dunia perniagaan.

Bercakap kepada murai.com.my, Maizawati berkata, dia kini menjual pelbagai jenis koleksi tudung secara online.

“Pembukaan butik tudung secara online ini sebenarnya diusahakan bersama bersama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPNH) iaitu badan yang menjaga kebajikan ibu-ibu tunggal dan menyalurkan kemahiran dalam pelbagai aspek.

“Idea ini diperolehi selepas mereka melantik saya menjadi duta bagi YPNH untuk memberikan ceramah dan motivasi tentang pengalaman saya dalam mengasuh serta membesarkan anak-anak di rumah.

“Dari situ, idea itu dikembangkan dan akhirnya wujudlah butik tudung secara online ini yang diambil bersempena nama saya sendiri. Pelancaran koleksi tudung Myza ini pula akan dilakukan di Hotel De Palma, Ampang pada 2 Ogos ini, jam 2.30 petang.

“Bagi siapa yang berminat untuk menyertai pelancaran koleksi tudung ini, kehadiran anda semua sangat-sangat dialu-alukan. Namun, bayaran sebanyak RM50 turut dikenakan bersama hidangan hi-tea.

“Hanya 50 peserta pertama saja yang berpeluang untuk masuk secara percuma. Jadi, bagi siapa-siapa yang hendak jadi 50 peserta pertama ini, anda boleh hubungi Puan Zah menerusi talian: 019- 211 4448,” katanya.

Mungkin ada Kaitan..

Komen

2 Comments on "Maizawati Buka Bisnis Tudung MYZA"

  1. AZNEETA MD.YUSUF on Fri, 4th Sep 2009 10:28 am 

    SALAM TO U.IM AZNEETA FASHION DESIGNER FROM SINGAPORE. MY MAIN INTREST TO GET IN TOUSCH WTH MAIZAWATI TO EXTEND MY CREATIVITY TO HER MAIN INTREST. I HAV EXPERIENCE IN TIS FIELD FOR 25 YEARS.. DESIGNING FOR 2ND CHANCE..FIRST LADY…. AND ABAYA FOR DUBAI KUWAIT & QATAR.
    PLEAS DON HESITATE TO CONTACT ME AT +6590565071
    AZ.NITA@hotmail.com
    ASSALAMMUALAIKOM

    [Reply]

  2. sri on Thu, 1st Oct 2009 5:40 pm 

    Sila layari blog saya..berbagai bentuk Aksesori Wanita dari Kristal dan Mutiara..http://srihaticollections.blogspot.com/ utuk keterangan lanjut, call/sms ke 016-5879392 atau 014-5537644 PASTI DI LAYAN…

    [Reply]

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!