Penceraian Akhil Hayy Dan Maiza

July 16, 2009
Kategori Kontroversi, Lain-lain

Penyanyi nasyid dan pendakwah bebas, Akhil Hayy sah menceraikan isterinya, Maizawati Zainal dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pukul 11.55 pagi kelmarin, 15 Julai 2009.

Akhil, 40, menceraikan Maizawati,33 dalam nada tenang selepas bersalaman memohon maaf.

“Bahawa saya, Akhil dengan ini menceraikan isteri saya, Maizawati Zainal dengan talak satu,” kata Akhil di hadapan Hakim Syarie Mohd Ridhuan Yusof.

Kemelut rumahtangga Akhil-Maizawati pernah menjadi perbualan hangat apabila Maizawati setuju membuat pendedahan keretakan rumahtangganya di dalam program ‘Nasi Lemak Kopi O’ dan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3.

Dalam kedua-dua program itu, Maizawati mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda.

Pada 2 Jun lalu, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd Ridzuan Mohd Yusof, membenarkan penangguhan kes tuntutan perceraian Maizawati dengan Akhil selepas kedua-dua pihak bersetuju berunding dan menyelesaikan kes itu secara baik sehingga 15 Julai.

Mungkin ada Kaitan..

Komen

2 Comments on "Penceraian Akhil Hayy Dan Maiza"

  1. whatEver on Sun, 1st Nov 2009 12:16 am 

    ni lg… tak bersyukur ada isteri solehah!
    dah ada isteri nak mengatal lg dgn pmpuan lain

    [Reply]

  2. SUKA HATI AKU on Sun, 1st Nov 2009 12:20 am 

    MCMLAH DIA TU PERFECT SGT,…NAMPAK KESEMPURNAAN PD PMPUAN
    LAIN MAKA BANYAKLAH KEKURANGAN ISTERI DIA….
    INGATLAH DISAAT ANDA MENCARI KESEMPURNAAN PD ORG LAIN
    ADA SEBENARNYA TIDAK SEMPURNA,,,,
    SONGKOK TU JA YANG LEBIH PEEEH LA

    [Reply]

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!