Siti Nurhaliza - Asma Ul Husna

July 28, 2009
Kategori Gambar Artis, Lain-lain

Selepas meraih kejayaan manis dalam Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) dan berjaya dengan Konsert Satu di Istana Budaya, Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin kini meneruskan satu lagi projek istimewanya iaitu rakaman album terbaru berjudul Tahajjud Cinta.

Pada 26/7, bersamaan Siti yang ditemani pengurusnya iaitu Rozi Abdul Razak sudah pun memulakan rakaman lagu pertamanya iaitu Asma Ul Husna di Pro Studio, Cheras.

Ketika ditemui, Rozi Abd Razak, yang juga kakak ipar Siti berkata, album itu bakal dilancarkan pada bulan puasa ini.

“Tahajjud Cinta masih menampilkan elemen ketuhanan dan kerohanian. Setakat ini, kami sudah pun memilih 7 lagu untuk dimasukkan dalam album ini.

“Ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi dengan peminat menerusi album ini. Lagu Asma Ul Husna adalah antara lagu terpanjang yang Siti pernah rakam iaitu kira-kira 6 minit,” kata Rozi.

Menjelaskan mengenai penglibatan komposer dalam album ini, Rozi menerangkan bahawa produser untuk album ini adalah Eddie Marzuki yang memberikan 5 karyanya.

“Insya-Allah, album ini akan cuba dipasarkan seminggu sebelum Ramadan. Setakat ini, Siti dah rakam 2 lagu iaitu Ketika Cinta dan Batasku Asaku. Lagu Batasku Asaku merupakan lagu ciptaan Siti sendiri. Kedua-dua lagu ini adalah lagu untuk filem Indonesia bertajuk Perempuan Berkalong Sorban.

Mungkin ada Kaitan..

Komen

2 Comments on "Siti Nurhaliza - Asma Ul Husna"

  1. Saiful on Sat, 24th Oct 2009 5:03 pm 

    Never stop loving U Siti, hope U will properly ‘bertudung’ cause I care..

    [Reply]

    Saiful Reply:

    Sorry, never heard the ‘Asma Ul Husna’ yet n I will. Till then no comment.

    [Reply]

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!